TOK AWANG NGAH : EP47 - LEMBAGA TINGGI MENGHADANG JALAN
Hujan turun renyai-renyai sejak senja lagi, tetapi bertambah lebat apabila masuk Isya. Ketika ini Mirah semakin mengerang-ngerang sakit hampir melahirkan anak. Mak Bidan Mun mula cemas kerana beberapa usaha telah dilakukan namun Mirah tetap juga mengerangngerang. Bayi yang dikandungnya masih juga tidak dapat dilahirkan.